Wednesday, September 1, 2010

b. tips penjagaan baju bermanik

just to share   kaedah dan tips penjagaan kristal dan manik pada baju........

1. Jika anda seorang yang memakai minyak wangi, pastikan semburan minyak wangi tersebut tidak dilakukan secara direct atau terus ke material kristal dan manik. Kerana sifat minyak wangi yang beralkohol mampu mengikis lapisan luar permukaan manik dan kristal anda. Lama kelamaan, bukan sahaja kristal dan manik anda akan pudar, tetapi ia turut merosakkan jahitan sulaman yang telah dilakukan.

2. Jangan merendam terlalu lama pakaian berkristal atau bermanik. Apatah lagi jika anda merendamnya dengan menggunakan sabun dan peluntur. Pastikan pakaian bermanik dan berkristal tidak direndam semalaman, sebaliknya, anda harus terus mencuci dan membilas pakaian tersebut.

3. Jika anda ingin menggosok pakaian bermanik dan berkristal, pastikan anda menggosok pakaian terebut secara terbalik. Ini kerana muncung seterika yang tajam, adakalanya boleh merosakkan jahitan manik dan kristal di fabrik anda. Cara yang terbaik, jika anda mempunyai seterika berwap, gunakannya untuk menggosok pakaian tersebut.

No comments:

Post a Comment